MALAYSIA BAKAL DIWAKILI PASUKAN BAHARU DALAM LIGA SUPER ASEAN

malaysia-bakal-diwakili-pasukan-baharu-dalam-liga-super-aseanLiga Super Asean (ASL) masih belum dapat dipastikan akan bermula 2017 walaupun gerak kerja penganjuran telah memasuki 60 peratus, demikian menurut Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau akui tidak mahu letakkan satu tempoh masa tertentu bagi semua ahli gabungan sediakan pasukan bertanding dalam asl kerana banyak perkara perlu diambil kira.

Faktor utama ialah mahu beri kebebasan tiap pasukan dalam soal pengumpulan bajet bagi mengharungi tempoh liga yang dijangka akan memakan masa lapan bulan.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa untuk melancarkan liga tersebut kerana sasawaran awal merupakan tahun 2016. Kini, kami berancang untuk tahun 2017.

“Kami perlu ambil masa lagi untuk menetapkan peraturan baru dan juga memastikan persiapan kesemua kelab berjalan dengan lancar,” kata Azzudin.


Mengenai jumlah pasukan yang bertanding, beliau letakkan sasaran sekurang-kurangnya 12 pasukan akan mengambil bahagian.

Berdasarkan syarat ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pasukan yang mahu ambil bahagian dalam kejohanan ASL, tidak boleh terdiri daripada liga tempatan negara masing-masing.

“Tidak semestinya kelab perlu tukar nama. Mereka boleh menggunakan nama yang sama tetapi senarai pemain akan berbeza.

Ditanya skuad yang akan mewakili Malaysia di pentas ASL, Azzuddin enggan dedahkannya namun beritahu ia sebuah pasukan baharu.

“Saya rasa ia kurang etika untuk beri pendedahan. Tetapi, difahamkan sebuah pasukan baru akan dibentuk,” tambahnya.

Liga Super ASEAN bakal berlangsung pada 2017 dengan objektif meningkatkan taraf bolasepak serantau Asia Tenggara dalam pembangunan liga yang lebih professional yang mungkin akan melibatkan 17 pasukan.

Stadiumastro