VIDEO United kejar tempat keempat liga, Liverpool tersungkur di Anfield

_76982098_vangaal_paMANCHESTER: Louis van Gaal percaya peluang Manchester United untuk menyudahkan cabaran Liga Perdana Inggeris di tempat keempat, musim ini terletak pada diri sendiri.

Red Devils kembali semula ke landasan kemenangan selepas menewaskan Crystal Palace 1-0 dalam saingan liga di Old Trafford, awal pagi tadi.

“Saya gembira dengan tiga mata ini dan kami kekal pada dalam perlumbaan merebut tempat yang kami mahu buru,” kata pengurus pasukan berasal dari Belanda itu.


“Kami berada dua mata di belakang tempat keempat. Ia terletak pada diri kami sendiri menentukannya dan ia adalah amat penting.”

Juan Mata menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-67, selepas empat minit hadir selaku pemain gantian.

BERIKUT ialah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu malam:

Manchester City 2-2 QPR

Burnley 1 – 0 Hull

Manchester United 1 – 0 Crystal Palace

Southampton 2 – 0 Leicester

West Ham 0 – 0 Aston Villa


Liverpool 1-2 Chelsea