VIDEO Rooney meledak dalam penampilan ke-100, Perlawanan Itali, Croatia kecoh

MILAN: Perlawanan kelayakan Euro 2016 di antara Itali dan Croatia, awal pagi tadi tercemar selepas gelagat penyokong membaling suar dan mercun ke dalam gelanggang.

Insiden itu memaksa pengadil menghentikan perlawanan Kumpulan H itu dan membawa pemain keluar dari padang sebelum ia disambung semula. Keputusan berakhir seri 1-1.

Perlawanan itu dihentikan dua kali dengan polis rusuhan terpaksa meleraikan pergaduhan pada babak kedua manakala pemain terpaksa dibawa keluar selama 10 minit.

Di London, Wayne Rooney meraikan penampilan ke-100 bersama England dengan menjaringkan gol untuk membantu Three Lions menumpaskan Slovenia 3-1 dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016 sabtu.


Penyerang Arsenal, Danny Welbeck turut memainkan peranan besar di Wembley apabila meledak dua gol, sekali gus membantu skuad bimbingan Roy Hodgson itu kekal mendahului Kumpulan E selepas memenangi semua empat perlawanan setakat ini.

Jaringan Rooney di Wem­bley juga membolehkan kapten Three Lions dan Manchester United itu menyamai rekod 44 gol milik Jimmy Greaves selaku penjaring ketiga terbanyak England sepanjang zaman.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu dipisahkan dengan lima gol untuk menyamai rekod 49 gol yang dipegang Bobby Charlton.

England kini selesa menerajui Kumpulan E meninggalkan tiga pencabar rapat, Slovenia, Switzerland dan Lithuania yang masing-masing berkongsi enam mata.

“Saya amat bangga melangkah ke Wembley sebagai kapten England bersama dua anak lelaki saya. Ia sesuatu yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak peringkat kelayakan Piala Euro 2016 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad:

(Perlawanan peringkat kumpulan)

Kumpulan A

Czech Republic 2 – 1 Iceland
Belanda 6 – 0 Latvia
Turki 3 – 1 Kazakhstan

Kumpulan B

Belgium 0 – 0 Wales
Cyprus 5 – 0 Andorra
Israel 3 – 0 Bosnia and Herzegovina

Kumpulan C

Sepanyol 3-0 Belarus
Macedonia 0-2 Slovakia
Luxembourg 0-3 Ukraine

Kumpulan D

Germany 4-0 Gibraltar
Scotland 1-0 Ireland

Kumpulan E

England 3-1 Slovenia
San Marino 0-0 Estonia
Switzerland 4-0 Lithuania

Kumpulan F

Kumpulan G

Montenegro 1-1 Sweden
Austria 1-0 Rusia
Moldova 0-1 Liechtenstein

Kumpulan H

Azerbaijan 0 – 1 Norway
Bulgaria 1 – 1 Malta
Itali 1 – 1 Croatia

Kumpulan I

Serbia 1 – 3 Denmark

Highlights Facebook