VIDEO Ronaldo, Messi buat penonton hampa, Rooney ledak dua gol benam Scotland

MANCHESTER: Saat ghairah penonton mahu menyaksikan kelibat dua bintang bola sepak – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo – tidak kesampaian.

Ini kerana kedua-dua pemain ikon itu hanya beraksi selama 45 minit sahaja dalam perlawanan siri persahabatan antarabangsa antara Argentina dan Portugal, awal pagi tadi.


Portugal menang 1-0 menerusi jaringan Raphael Guerreiro yang menerbangkan badan sebelum menanduk masuk gol kemenangan itu pada minit pertama masa tambahan.

Tanpa Ronaldo dan Messi, penonton di Old Trafford sudah hilang minat dan ada bersorak tanda kecewa apabila pengumuman dibuat bahawa mereka tidak akan muncul di padang pada babak kedua.

Jelas sekali ia bukan malam bermakna ketika kedua-dua bintang tersohor itu memperagakan kelibat dan nilai mereka menjelang undian untuk anugerah pemain Terbaik Dunia.

Di GLASGOW: Kapten England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membolehkan England mencatat kemenangan 3-1 ke atas Scotland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Celtic Park, awal pagi tadi.

England terlebih dahulu di depan penyokong tuan rumah menerusi tandukan Alex Oxlade-Chamberlain pada separuh masa pertama sebelum Rooney meledak dua kali.

Gol tunggal Scotland diperoleh menerusi Andrew Robertson pada separuh masa kedua.


BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:

Scotland1 – 3 England
France 1 – 0 Sweden
Spain 0 – 1 Germany
Poland 2 – 2 Switzerland
Republic of Ireland 4 – 1 USA
Portugal 1 – 0 Argentina
Italy 1 – 0 Albania
Hungary 1 – 2 Russia
Ukraine 0 – 0 Lithuania
Romania 2 – 0 Denmar
Austria 1 – 2 Brazil
Belarus 3 – 2 Mexico
Greece 0 – 2 Serbia
Slovenia 0 – 1 Colombia
Slovakia 2 – 1 Finland
Iran 1 – 0 Korea Republic
Japan 2 – 1 Australia
Thailand 2-0 New Zealand

VIDEO Highlight (Facebook)