VIDEO Real Madrid garang baham Vallecano, Suarez inspirasi Barcelona

Gareth BaleMADRID: Gareth Bale berjaya menyumbat gol dalam kemunculan pertama kali dalam kesebelasan pasukan bulan ini ketika Real Madrid garang membelasah Rayo Vallecano 5-1 dalam saingan La Liga, awal pagi tadi.

Barcelona kekal dua mata di belakang pendahulu itu selepas menewaskan Almeria 2-1 hasil dua bantuan daripada Luis Suarez.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti turut menghambur pujian khas kepada Toni Kroos yang memberi impak besar dalam musim pertama bersama juara Eropah itu.

“Kroos adalah pemain terbaik di atas padang hari ini.


Dia menjaringkan buat pertama kali dan mengejutkan saya dengan persembahan konsisten pada tahap tertinggi,” kata pengurus itu.

Bale hanya mengambil masa sembilan minit untuk menjaringkan gol selepas pulang daripada kecederaan sebelum Sergio Ramos menggandakan jaringan untuk Real.

Satu hantaran ke belakang oleh James Rodriguez memberi Rayo harapan sebelum tamat babak pertama apabila Alberto Bueno merapatkan jurang itu.

Namun, Kroos membantu pasukan mendapatkan kelebihan dua gol semula dengan gol pertama bagi kelabnya.

Karim Benzema menambah gol keempat sebelum Cristiano Ronaldo merakamkan gol ke-23 musim ini untuk gol kelima Real.


Almeria v BarcelonaSementara itu, pemain gantian, Neymar dan Jordi Alba hadir selaku penyelamat Barcelona dengan dua gol pada babak kedua ketika menewaskan Almeria 2-1.

Suarez yang belum lagi menjaringkan gol menjadi inspirasi apabila menjadi watak utama merencanakan kedua-dua gol penting pasukan itu.

Namun, Lionel Messi gagal untuk mendapatkan gol menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman La Liga. – AFP