Video: Prank Barack Obama Di New York Menjadi

Prank dilakukan orang-orang Eropah acap kali mampu mengundang tawa ramai meskipun ada juga yang membawa kepada situasi panas gara-gara gurauan melampau.

Namun, prank yang dibuat oleh ModelPranksters TV ini layak digelar ‘Prank Paling Power’ dan epik. Sebabnya, ia telah berjaya memperdayakan beribu-ribu penduduk New York!

Tambahan pula ia berkait dengan orang nombor satu AS iaitu Presiden Barack Obama.


Punyalah hebat tahap bergurau budak-budak ModelPranksterTV ini, sampaikan seluruh penduduk New York boleh percaya yang Obama datang melawat bandar popular tersebut.

Wajah lelaki yang diupah untuk menyamar sebagai Obama sememangnya amat mirip hingga ramai tidak sedar dia bukanlah presiden sebenar.

Beberapa penyokong dan pengawal keselamatan yang diupah juga, menambahkan dramatis prank ini.

Memang menjadilah! Sampai bayangkan.. daripada 20 penyokong, secara tiba-tiba beribu penduduk New York menghampiri untuk melihat Obama palsu ini.

Rata-rata teruja siap ambil gambar lagi, sebab kononnya dapat berjumpa secara realiti dengan Mr Presiden.

Yang tak tahan tu, Obama palsu ini siap minta mahu masuk Kedai Disney namun tak dibenarkan pengawal keselamatan bertugas.

Agaknya, ramai antara penduduk NY sampai ke sudah tak sedar Obama yang ditemui pada hari tersebut adalah palsu hinggalah mereka menonton prank ini.


Jom kita tonton..