VIDEO Neymar Bantu Brazil Atasi Turki, Mexico Benam Belanda

Neymar (right) completed the scoreline on the hour mark after he rounded Demirel before finishingNEYMAR menjaringkan dua gol untuk Brazil ketika menundukkan Turki 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Istanbul, awal pagi Khamis.

Ternyata, Brazil bukan pasukan tandingan Turki yang pernah dimalukan Jerman 7-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia yang lalu.

Neymar meletakkan Brazil di depan seawal minit ke-20 sebelum Semir Kaya menjaringkan gol ke gawang sendiri empat minit kemudian.


Pemain tengah Chelsea, Willian, menjaringkan gol ketiga untuk Brazil sebelum tamat aksi babak pertama.

Bintang Barcelona, Neymar melengkapkan gol keempat pada minit ke-60.

Ia juga merupakan gol ke-42 Neymar dalam aksi antarabangsa.

Turki kini menduduki tangga tercorot Kumpulan A dengan mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.

Anak buah Dunga itu juga akan berdepan Kazakhstan di Istanbul untuk aksi kelayakan Euro 2016 pada Ahad ini.

Carlos Vela (second left) scored twice in his first international for Mexico in over three years
Pemain Mexico rai kejayaan selepas menjaringkan gol

BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:

Belgium 3 – 1 Iceland

Argentina 2 – 1 Croatia

Belanda 2 – 3 Mexico

Norway 0 – 1 Estonia

Turki 0 – 4 Brazil

Video (facebook)