VIDEO Juventus belasah Parma, Swansea bangkit benam Arsenal

juventus tevezMILAN: Jurulatih Massimiliano Allegri menerima pujian ketika Juventus kembali beraksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan terbesar liga dalam tempoh 31 tahun dengan membelasah Parma 7-0, sekali gus mengaibkan jurulatih pasukan pelawat, Roberto Donadoni.

Fernando Llorente, Carlos Tevez dan Alvaro Morata masing-masing menjaringkan dua gol manakala Stephan Lichsteiner menjaringkan satu gol cantik untuk juara bertahan itu menghancurkan pasukan Donadoni dengan kemenangan terbesar sejak membelasah Ascoli 7-0 pada Disember 1983.

Kemenangan itu pada awalnya menjarakkan Juventus dengan pencabar terdekat, Roma kepada enam mata tetapi jurang itu kembali dikecilkan separuh apabila pasukan Giallorossi itu menewaskan Torino 3-0 di Stadium Olimpik.


BPL, Swansea menyumbat dua gol dalam tempoh kurang tiga minit untuk bangkit menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di halaman sendiri, awal pagi ini.

Pemain gantian, Bafetimbi Gomis muncul wira pasukan dengan gol kemenangan pada sentuhan pertamanya.

Apa pun, Arsenal bermula agresif dan mendahului 1-0 hasil jaringan Alexis Sanchez dari jarak dekat pada minit ke-63.


Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan dengan satu rembatan cantik hasil sepakan percuma pada minit ke-75 sebelum Gomis mengesahkan mata penuh untuk tuan rumah dengan melonjak tinggi menanduk masuk hantaran Jefferson Montero hanya selepas 90 saat hadir di atas padang.

keputusan Liga Perdana Inggeris lain yang berlangsung pada Ahad malam.

Sunderland 1 – 1 Everton

Tottenham 1 – 2 Stoke

West Brom 0 – 2 Newcastle

Video

Inter

Juv

Ars

Tot

New

Sun