Van Gaal ubah fikiran tagih khidmat Nani

van-gaal-naniLONDON – Manchester United dikatakan akan mengambil langkah drastik untuk membawa pulang semula bintang sayapnya, Nani ke Old Trafford, Januari ini selepas hanya 12 minggu dilepaskan untuk menyertai Sporting Lisbon dengan status pinjaman jangka panjang.

Pemain berusia 27 tahun itu dibenarkan untuk pulang beraksi di Portugal Ogos lalu sebagai salah satu syarat dalam rundingan untuk membawa masuk pemain pertahanan Argentina, Marco Rojo ke United dan terpaksa membayar £16 juta (RM 85 juta) untuk mendapatkannya.

Melalui rundingan tersebut, Nani perlu dipinjamkan ke pasukan itu tanpa sebarang bayaran malah, United juga terpaksa menanggung majoriti bayaran gajinya.


Nani yang sebelum ini kerap disisihkan kecewa dengan situasi tersebut dan setuju untuk dipindahkan namun, pengendali dari Belanda itu kemudian dikatakan mengubah fikiran untuk membawanya kembali kerana mahu menukar corak permainan United daripada 5-3-2 kepada 4-1-4-1.

Formasi baharu yang cuba diterapkan oleh van Gaal itu dilihat memberikan impak yang positif terutama ketika mereka berdepan Chelsea baru-baru ini namun, jurulatih itu mendapati ketika taktikal tersebut digunakan, hanya Angel di Maria sahaja dilihat berfungsi dengan baik dan percaya United perlukan seorang lagi pemain sayap.


Selain itu, aksi positif yang dipamerkan Nani sepanjang dipinjamkan ke Sporting juga begitu memberangsangkan termasuk menjaringkan enam gol daripada 13 penampilan termasuk tiga gol pada aksi Liga Juara-Juara selain terlibat dalam hampir separuh daripada gerakan yang menghasilkan jaringan untuk kelab Portugal itu.

Perkembangan itu menyaksikan United mungkin akan membuat keputusan untuk memba­talkan kontrak pinjaman pemain tersebut selain perlu membayar sejumlah pampasan lagi untuk Sporting berikutan perpindahan Rojo. – Agensi