Tolak tawaran United dan Chelsea, Arsenal jadi pilihan anak sulung Beckham

Brooklyn BeckhamLONDON – Brooklyn, anak sulung kepada David Beckham akhirnya memilih untuk menandatangni kontrak profesional pertamanya dengan kelab Arsenal.

Ia sekaligus mengenepikan khabar angin sebelum ini yang mengaitkan anak ikon bola sepak Inggeris itu dengan beberapa kelab lain termasuk Manchester united dan Chelsea.


Media melaporkan The Gunners telah mengikat Brooklyn Beckham yang baru berusia 15 tahun itu mengatasi bekas kelab ayahnya, Manchester United dan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Menurut sumber Brooklyn merupakan pemain berbakat dan beraksi cemerlang dalam semua sesi latihan dan pertandingan yang telah disertainya.

Untuk itu, Arsenal telah menandatangi pemain itu untuk sepanjang musim 2014-2015 dengan pilihan untuk menyambung kontraknya lebih panjang sekiranya dia mempamerkan peningkatan.


Brooklyn dikatakan sudah lama menjadi tumpuan penjejak bakat pasukan lain namun Arsenal lebih pantas dapat menghidu kelebihan anak bekas Kapten England tersebut.

Selain Brooklyn, dua adiknya, Romeo dan Cruz merupakan pemain Arsenal untuk skuad bawah 13 dan 10 tahun.