Suarez terkejut tak tercalon untuk Ballon d’Or

Luis Suarez wins Golden Boot awardLONDON – Bintang penyerang Uruguay, Luis Suarez (gambar) me­nga­kui dia tidak mampu untuk mencari sebab mengapa namanya tiada dalam senarai calon untuk anuge­rah Ballon d’Or kerana dia tidak pernah memahami bagaimana proses pemilihan dilakukan.

Bekas penyerang Liverpool itu berkata, dia terkejut kerana nama­nya tidak disenaraikan dalam kalangan 23 calon untuk anugerah berprestij tersebut, tetapi mengakui penggantungannya kerana menggigit pemain lawan sewaktu Piala Dunia tidak akan membantunya.

“Sesiapa saja boleh membuat kesimpulan sendiri. Saya tidak pernah memahami Ballon d’Or bukan hanya sekarang te­tapi juga sebelum ini.

“Apakah ke­la­­yakannya? Adakah pemain dinilai sejak Julai hingga Jun atau Januari hing­ga Disember, saya tidak tahu bila tempoh mereka melakukannya (penilaian).


“Nampak se­per­ti mereka me­­la­ku­kan penilaian selepas Julai dan kemudian mengambil kira persembahan dalam Piala Dunia, namun saya le­bih selesa mengambil sikap berdiam diri kerana mungkin mereka akan menggantung saya nanti,” kata Suarez yang dipetik akhbar Britain, Daily Mail.

Suarez cemerlang musim lalu apabila meledak 31 gol dalam saing­an Liga Perdana Inggeris, malah turut dinobat sebagai Pemain Terbaik oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) dan Penulis Bola Sepak England.


Ketika ini nama yang menjadi pilihan bagi memenangi anugerah tersebut ialah bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo yang merupakan penyandang gelaran.

Kapten Portugal itu bagaimanapun disaingi bintang penyerang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi yang pernah membawa pulang anugerah tersebut sebanyak empat kali. – AGENSI