Penyanyi Led Zeppelin Tolak Kontrak Bernilai £500 Juta

Led ZeppelinPenyanyi rock lagenda, Robert Plant membuat kejutan dengan menolak tawaran kontrak konsert reunion Led Zeppelin daripada Virgin Record setelah semua anggota asal kumpulan itu telahpun bersetuju.

Kontrak yang bernilai £500 juta itu ditawarkan oleh pemilik Virgin billionair Sir Richard Branson. Led Zeppelin yang dianggotai Robert Plant, Jimmy Page dan John Paul Jones akan mengadakan konsert di sebanyak 35 kali di tiga buah bandar.

Konsert tersebut akan membolehkan mereka mandapat £190juta setiap seorang. Tetapi penyanyi mereka Robert Plant, 66 merasakan ia merupakan perkara yang tidak betul untuk dilakukan. Anggota lain cuba memujuknya tetapi beliau tetap berkeras menolak tawaran lumayan tersebut.


Tauke Virgin Records Sir Branson, 64 merupakan peminat setia kumpulan rock tersebut. Beliau bahkan dikhabarkan telah siap menyediakan jet peribadinya “The Starship” untuk kegunaan kumpulan tersebut.

Jet ini akan diberi nama baru ‘Stairway to Heaven’ dan akan membawa mereka ke tiga buah bandar London, Berlin dan New Jersey. Anak John Bonham, Jason akan menggantikan ayahnya sebagai pemain drum.


Jimmy, John dan Jason terus bersetuju ketika ditawarkan kontrak ini tetapi Robert yang pada mulanya meminta tempoh 48 jam telah menolak tawaran ini membuatkan ahli lain begitu terkejut.

Robert Plant berkata beliau tidak mahu lagi kembali kepentas setelah selesa dengan kehidupan yang tenang sekarang.

Ditubuhkan pada 1966, Led Zeppelin rekod mereka telah terjual sebanyak 300 juta album. Persembaha terakhir mereka ialah “one night only gig at London’s” Pada 10 Disember 2007

Stairway To Heaven