Pencipta & Penulis Siri TV Popular 80an Meninggal Dunia

larson david hasselholff night riderLOS ANGELES: Glen Larson, penulis dan penerbit siri popular televisyen di tahun-tahun 1970-an dan 80-an, seperti Magnum P.I dan Knight Rider telah meninggal dunia Jumaat lalu akibat penyakit kanser setelah menjalani rawatan di Pusat Perubatan University California at Los Angeles (UCLA).

Dia berusia 77 tahun.


Pengumuman mengenai kematiannya dibuat oleh anak lelaki Larson, James.

Larson akan dikenang di Hollywood sebagai penulis dan pencipta paling popular dalam sejarah siri-siri televisyen bukan sahaja di Amerika malah ceritanya menjadi ikutan ramai di seluruh dunia.

Selain Magnum lakonan Tom Selleck dan Knight Rider lakonan David Hasselhoff, Larson turut menulis dan mencipta siri Battlestar Galactica, It Takes a Thief, McCloud dan Quincy M.

Dia juga turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam beberapa siri popular yang lain seperti BJ and The Bear, Switch, The Six Million Dollar Man.


Antara siri tv yang pernah ditayangkan di kaca TV Malaysia ialah B.J. and the Bear, Buck Rogers, The Hardy Boys/Nancy Drew Mysteries, The Six Million Dollar Man, Battlestar Galactica, Knight Rider, Magnum P.I, The Highwayman, The Fall Guy, Manimal dan terakhir pada awal 90an P.S.I. Luv U

Walaupun cerita-cerita ciptaan dan tulisannya mendapat kejayaan besar di kaca televisyen tetapi Larson tidak pernah memenangi sebarang anugerah khususnya Anugerah Emmy.