Ezad Exist Ditahan Positif Dadah Syabu

Ezad Exist atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall selepas menerima aduan.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak telah menahan penyanyi itu yang berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu sebelum dibawa ke IPD Gombak.

Ezad tengah ketika bersama Exist

Ujian saringan awal polis juga mendapati yang sampel air kencing Ezad Exist positif dadah.


Kami telah menghubungi IPD Gombak dan pegawai di bahagian narkotik mengesahkan tangkapan ini berlaku.

Penyanyi yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak dan dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.