El Hadji Diouf tiba sertai skuad Sabah

diouf sabah
BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan.

KOTA KINABALU: Bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi untuk menyertai skuad Liga Perdana Sabah bagi menghadapi musim 2015.


Ketibaan pemain berusia 33 tahun itu disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan sebelum dibawa meninjau sesi latihan skuad bergelar Sabah Rhino itu.

Difahamkan, Diouf yang juga bekas pemain kebangsaan Senegal akan menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.


View image on TwitterSelain Diouf, Sabah juga sedang berusaha mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan selain bakal menguji pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos.