Aidil digugurkan dalam senarai akhir Dollah ke Piala AFF

Aidil_LDollah Salleh mengumumkan senarai penuh 22 pemain skuad Harimau Malaya ke Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas perlawanan persahabatan menentang Vietnam semalam.

Aidil, Gopinathan, Farhan Roslan dan Wan Zaharulnizam menjadi 4 muka terakhir Harimau Malaya digugurkan.

Langkah itu diambil kerana telah menilai status kecederaan dua pemain sayap, R. Gopinathan dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang agak serius.


Bagaimanapun Dollah pula tidak mencuba langsung Farhan Roslan dalam perlawanan persahabatan.

Baca: VIDEO Penyudah tumpul, Harimau Malaya kecewa di Hanoi

Malaysia akan memulakan cabaran Kumpulan B di Singapura dari 23 hingga 29 Nov ini.

“Khidmat macam Gopi dan Aidil memang kita perlukan tapi kalau cedera, saya terpaksa menggugurkan nama mereka. Jadi sebab itu, saya tidak berani untuk buat keputusan lebih awal,” kata Dollah sebelum perlawanan menentang Vietnam semalam.

Kecederaan tonggak utama merunsingkan Dollah Salleh menjelang
Wajah gelisah Dollah selepas tewas kepada Vietnam semalam

“Selepas bermesyuarat dengan staf kejurulatihan saya membuat keputusan menggugurkan Aidil dan Gopinathan kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

“Selain itu, kami turut memutuskan untuk tidak menyenaraikan Mohd. Farhan Ros­lan dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kecik)” komen Dollah selepas tewas kepad Vietnam.

“Keputusan ini diambil atas faktor keperluan pasukan dan pengalaman yang ada pada setiap pemain,” katanya.

Mengenai kekalahan 1-3 kepada Vietnam, Dollah berasakan pemberian kad merah kepada Muslim pada minit ke-48 menjadi pe­nyumbang keputusan itu.


Beliau bagaima­napun memuji persembah­an para pemainnya yang berada di tahap memuaskan.

“Secara keseluruhan, kami beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dengan mendapat empat ke lima peluang untuk menjaringkan gol, namun hanya satu mampu dimanfaatkan.

“Cuma apabila di separuh masa kedua, para pemain sekali lagi mengulangi kesilapan mudah.

“Pemberian kad merah jelas merencat corak persembahan pasukan secara keseluruhan.
“Apa-apa pun, saya tetap yakin pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Piala AFF pada 23 November ini, ” katanya.

Selepas bertemu Myanmar, Ahad ini, Malaysia akan menentang Thailand (26 November) dan Singapura pada 29 November.

SENARAI 22 PEMAIN KEBANGSAAN UNTUK KEJOHANAN PIALA AFF 2014.

Penjaga Gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (Selangor)
3. Khairul Azhan (Pahang)

Pertahanan

4. Shukor Adan (Felda United)
5. Fadhli Shas (JDT)
6. Muslim Ahmad (PDRM)
7. Afif Amiruddin (PDRM)
8. Mahali Jasuli (JDT)
9. Azmi Muslim (Selangor)
10. Zubir Azmi (Terengganu)

Tengah

11. Safiq Rahim (JDT)
12. Hafiz Kamal (Pahang)
13. Baddri Radzi (Kelantan)
14. Gary Stevan Robbat (Harimau Muda)
15. Azamuddin Mat Akil (Pahang)
16. S.Kunanlan (Selangor)
17. Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
18. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang

19. Safee Sali (JDT)
20. Norshahrul Idlan Talaha (JDT)
21. Amri Yahyah (JDT)
22. Manaf Mamat (Terengganu)