VIDEO Penyerang Cameroon, Ebosse maut dibaling objek

downloadALGIERS: Penyerang bola sepak kebangsaan Cameroon, Albert Ebosse meninggal dunia semalam selepas terkena objek keras dipercayai dibaling penonton selepas pasukannya tewas dalam kejohanan bola sepak Algeria.

Agensi berita APS hari ini melaporkan, Ebosse, 24, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Tizi Ouzou, timur ibu negara Algiers, di mana perlawanan berkenaan berlangsung.

image
Ketika mewakili Perak 2012

Ebosse meledak jaringan tunggal untuk kelabnya, JS Kabylie di gelanggang sendiri namun tewas 2-1 kepada USM Alger, pada hari kedua kejohanan berkenaan.

Penonton di Stadium Tizi Ouzou mula membaling objek sebaik tamat perlawanan ketika pemain kembali ke bilik persalinan stadium.

Ebosse menyertai JS Kabylie pada 2013, dan dia adalah penjaring terbaik untuk kelab itu pada musim 2013-2014.

Menteri Dalam Negeri Algeria mengarahkan agar siasatan penuh dijalankan terhadap insiden itu untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab. – AFP


Video ketika mewakili Perak 2012