Video ‘isteri cekup suami bersama skandal dalam bas’ gimik April Fool

Sehari dua ini video isteri cekup suami bersama skandal di dalam bas menjadi viral di Facebook. Nampaknya semua terpedaya dengan video sensasi ini yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Video itu yang dibahagikan kepada dua bahagian memaparkan situasi seorang isteri berang dengan suaminya yang didapati kantoi keluar bersama skandal gadis yang lebih muda.

Menerusi laman Facebook Stesen TV Singapore, Media Corp, mereka ada memuat naik gambar tiga pelakon berkenaan dengan caption ‘HANYA APRIL FOOL’S DAYS’ bersempena tarikh 1 April pada hari ini. Video ini juga dibuat untuk rancangan TV popular di negara berkenaan, The Noose.