UCL: Hatrik Van Persie ubah nasib Man United

Robin van Persie mencatatkan hatrik dalam kemenangan 3-0 Manchester United atas Olympiakos dan menjaminkan tempat dalam suku akhir Liga Juara Juara.

Van Persie telah membuka tirai hasil tendangan penalti dan satu lagu gol sebelum masa rehat sebelum melengkapkan hatrik dengan tendangan percuma dalam babak kedua – walaubagaimanapun penyerang bintang itu terpaksa diusung keluar lewat dalam perlawanan.

Kali terakhir pasukan Red Devils mengatasi kelebihan dua gol oleh pihak lawan dalam perlawanan pertama adalah 30 tahun lalu apabila Bryan Robson mendorong kemenangan 3-0 atas pasukan Barcelona yang dibintangi Diego Maradona.

Kali ini United meletakkan harapan kepada satu lagi pemain ikonik – Ryan Giggs – untuk memberi inspirasi.
Keputusan Moyes untuk meletakkan pemain yang berusia 40 tahun itu di tengah padang mendatangkan hasil dan Giggs telah mainkan peranan penting dalam kemenangan pasukan Red Devils.

Antara pemain lain menyerlah adalah Antonio Valencia yang meneruskan sumbangan baik walaupun mengalami kecederaan kepada matanya yang bengkak akibat asakan Joel Campbell.

Giggs membuktikan bahawa beliau masih mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi perlawanan apabila memberi hantaran jarak jauh yang cantik kepada Van Persie, Jose Holebas menjatuhkan pemain Belanda itu dan pengadil terus memberi tendangan penalti.

Van Persie menyempurnakan gol pada minit ke 25 – detik yang sama yang Robson menjaringkan gol pembukaan United dalam pertemuan dengan Barcelona pada tahun 1984 – petanda baik bagi penyokong United.

United melancarkan serangan bertubi-tubi atas gawang penjaga gol Olympiakos Roberto tetapi pasukan pelawat itu membalas dengan usaha Perez dan David Fuster yang diselamatkan dengan baik untuk David De Gea.

Van Persie menjaringkan gol kedua dalam masa tambahan babak pertama apabila Wayne Rooney menerima hantaran Giggs dan penyerang England itu memberi hantaran tepat yang disepak masuk Van Persie.

Lima minit selepas masa rehat, United mendapat gol ketiga apabila United diberi sepakan percuma – Danny Welbeck dikasari Manolas. Van Persie mengambil sepakan percuma di luar kotak penalti itu dan melepaskan rembatan kencang yang gagal diselamatkan Roberto – gol kemenangan United.

Sementara itu Borussia Dortmund mara ke peringkat suku akhir Liga Juara juara walaupun tewas 2-1 kepada Zenit St Petersburg di padang sendiri. – Foxsports

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini