UCL: Bayern Munich, Atletico Madrid layak ke suku akhir

BAYERN Munich menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang secara agregat 3-1 ke atas Arsenal pada aksi pusingan kedua kelompok 16 pasukan di Allianz Arena, awal pagi Rabu.

Pada aksi kedua ini, perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1 apabila Bayern membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-54 melalui  Bastian Schweinsteiger.

Tiga minit selepas itu Lukas Podolski menyamakan kedudukan, namun sehingga tamat permainan kedua-kedua pasukan gagal menambah jaringan.

Anak buah Pep Guordiola mencatat kemenangan 2-0 ke atas The Gunner pada aksi pertama di Stadium Emirates tiga minggu lalu, sekaligus menyaksikan mereka layak ke suku akhir.

Sementara itu, Atletico Madrid melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1997 selepas menumpaskan juara Eropah tujuh kali, AC Milan 4-1 pada perlawanan kedua, peringkat 16 pasukan terbaik di sini, sebentar tadi.

Atletico, yang kini menduduki tangga kedua dalam Liga Sepanyol mara menerusi agregat 5-1.

Dua jaringan bintang penyerang, Diego Costa dan satu gol masing-masing menerusi Arda Turan dan Raul Garcia memastikan kemenangan Atletico. Gol saguhati Milan pula dijaringkan oleh Kaka.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini