Radar TUDM kesan MH370 bertukar arah disahkan betul

KUALA LUMPUR: Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

MH370 (berkemungkinan besar dirampas) telah bertukar arah membelok ke kiri dari laluan asal dan menghala ke Laut Andaman dan dipercayai menuju ke 2 arah berikut.

Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada.

Dilaporkan Sepasukan anggota dan pegawai polis dilihat tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di Laman Seri di sini, kira-kira jam 2:40 petang tadi

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan kediaman berpagar (gated community) mewah itu selepas seorang pegawai polis turun dan memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondol pengawal.

Bagaimanapun, wakil media yang menunggu di luar kawasan itu tidak dibenarkan masuk.