Penduduk Maldives Nampak MH370 Terbang Rendah

Penduduk pulau terpencil bernama Kuda Huvadhoo di Terumbu Dhaal, Maldives telah dilaporkan melihat sebuah pesawat putih yang kelihatan berjalur merah di bawahnya melintasi langit pada jam 6:15 pagi , 8 Mac 2014. Mereka menyebut pesawat itu terbang dari arah utara ke arah tenggara.

Hal ini merupakan sesuatu yang asing bagi mereka kerana bunyi bising dari pesawat itu mengejutkan mereka – di sebuah tempat yang jarang dilintasi pesawat penumpang serendah itu.


“Saya belum pernah melihat pesawat sebesar itu terbang serendah itu di kawasan ini. Jika pesawat jenis “seaplane” saya kenal tetapi tentulah yang ini bukan. Saya dapat melihat pintunya dengan jelas ” ujar seorang saksi yang melihat pesawat tersebut.

Lokasi Kuda Huvadhoo

” Bukan hanya saya, ramai lagi penduduk keluar rumah bagi melihat apakah punca bunyi sebising itu”.

Ahli Majlis bagi Kuda Huvadhoo, Mohammaed Zaheem, mengakui menerima aduan dan pertanyaan dari penduduk berhubung penampakan itu.

Penerbangan ke Maldives pada waktu seperti itu dikatakan sangat-sangat kurang.

Malangnya, Maldives tidak menjadi negara di mana Malaysia memohon pertolongan. Malaysia ketika ini meminta pertolongan dari Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis – Haveeru Online, Maldives