Pelakon lucah pelajar Universiti Duke tertekan dihina

Durham: Seorang siswi Universiti Duke memang menjangkakan orang ramai akan membencinya sebagai pelakon filem lucah, tetapi dia tidak pernah bersedia menghadapi kebencian sehingga ada yang sanggup mengancam nyawanya.

Malah, kata Belle Knox atau nama sebenarnya Miriam Weeks , 19, sesetengah pihak juga memuat naik butiran keluarganya di Internet dan mengugut untuk merogol atau membunuhnya. “Ia sangat dahsyat. “Keselamatan saya sekeluarga benar-benar terancam,” katanya.

Sejak dua bulan lalu, kerjaya Knox dalam bidang pornografi menggemparkan sekolahnya di Durham, North Carolina hingga satu tahap dia tidak boleh menghadiri majlis terbuka.

Kata Belle, keadaannya sangat memalukannya.

Belle memberitahu beliau menjadi bintang porno kerana ingin menampung yuran tuisyennya. Beliau menyatakan ibu bapanya tidak tahu pekerjaannya tetapi mereka mungkin akan meyokong tindakannya.

Diberitakan Dr Kevin Weeks yang bertugas dengan US Army, bapanya yang baru pulang dari bertugas amat terkejut dengan tindakannya. Saudara maranya termasuk abangnya menganggap ia merupakan satu tragedi keluarga yang amat memalukan.

Dr Kevin Week bapa kepada Belle

Kadang-kadang, katanya, ada lelaki mabuk akan menjerit kepadanya: “Kau bintang porno!” manakala golongan wanita pula memandangnya dengan sinis. Walaupun tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya, Belle berkata, provasinya seakan diceroboh apabila ada orang memuat naik identiti lengkapnya di Internet.

“Ia sangat teruk dan menakutkan betapa taksubnya mereka. “Mereka memandang saya seolah-olah saya sangat jijik,” katanya ketika ditemui media. Kesulitan hidup Belle bermula di sebuah parti apabila seorang lelaki yang pernah melihat aksinya dalam filem lucah mendedahkan rahsianya. – Agensi