Lelaki kalah bertaruh tukar nama 99 huruf

Wellington: Ia mungkin pertaruhan paling mengarut pernah dibuat setakat ini.

Selepas kalah bertaruh, seorang lelaki New Zealand menukar namanya menjadi Full Metal Havok More Sexy N Intelligent Than Spock And All The Superheroes Combined With Frostnova.

Nama itu hanya kurang satu aksara untuk mencapai tahap maksimum 100 huruf dibenarkan Jabatan Hal Ehwal Dalaman New Zealand.

Jurucakap Bahagian Kelahiran, Kematian Dan Perkahwinan, Michael Mead semalam mengesahkan, nama itu didaftar pada Mac 2010.

Nama terpanjang itu memenuhi syarat dalam borang permohonan.

Namun jika individu terbabit tidak suka dengan nama berkenaan, dia masih boleh menukarnya kepada nama asal atau nama lain.

Jabatan itu juga boleh menolak sesuatu nama jika didapati menghina, terlalu panjang atau tanpa justifikasi, serta mengandungi nombor atau simbol.

Antara nama yang pernah ditolak ialah King, Princess, Majesty, Knight, Justice, Anal, Mafia No Fear, Lucifer, V8, 89, titik dan *. – Agensi