FA Cup: City tersingkir di laman sendiri


Harapan Manchester City untuk merangkul trofi kedua berakhir apabila tewas 2-1 kepada Wigan di Stadium Etihad.

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini, mengaku kecewa pasukannya tersingkir dari Piala FA setelah dikalahkan oleh Wigan Athletic 1-2 pada suku akhir di Stadium Etihad pagi tadi.

Dua gol Wigan dijaringkan oleh Jordi Gomez pada minit ke-27 dan James Perch min -47. Sementara itu, gol tunjggal City dijaringkan oleh Samir Nasri min-68.

“Ini amat mengecewakan kerana kami tidak mungkin tersingkir dari Piala FA halaman sendiri. Kami mempunyai tiga atau empat peluang untuk mendapatkan jaringan,” ujar Pellegrini.

Statistik perlawanan menunjukkan City menguasai bola sebanyak 68 peratus dan mencipta empat peluang keemasan dari 13 percubaan. Pasukan Wigan hanya mempunyai 3 percubaan tepat ke arah pintu gol dengan hanya 5 percubaan.

“Serangan kami tidak cukup bagus untuk menjaringkan gol penyamaan” kata Pellegrini.

Ini adalah kemenangan besar bagi bekas penyerang City Uwe Rosler, yang telah mengubah nasib Wigan sejak mengambil alih sebagai pengurus pada bulan Disember lepas.

Bagi pengurus City Pellegrini, keputusannya untuk merehatkan Vincent Kompany, David Silva dan Fernandinho sebelum perlawanan dengan Barcelona tidak mendatangkan hasil.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini