England menang hasil gol Sturridge, Neymar catat hatrik untuk Brazil

Sturridge menanduk masuk gol dari hantaran Adam Lallana lapan minit sebelum wisel penamat dalam pertembungan di Wembley.

Perlawanan ini dianggap sebagai peluang untuk pemain England membuktikan diri kepada pengurus Roy Hodgson sebelum beliau memilih pemain untuk ke Piala Dunia di Brazil nanti.

Walaubagaimanapun aksi dalam babak pertama agak hambar dan tonggak serangan pasukan tuan rumah kelihatan agak tumpul.

Sturridge bermain di bahagian sayap kiri walaupun telah menjaringkan 32 gol dalam 39 perlawanan untuk negara.

Gerakan serangan England lebih baik apabila beliau diletakkan di tengah tonggak serangan dan sumbangannya memberi impak yang diperlukan.

Raheem Sterling, antara lima pemain Liverpool yang diletakkan dalam senarai kesebelasan utama, juga menunjukkan prestasi yang baik dan menang anugerah pemain terbaik perlawanan.

Luke Shaw, yang membuat penampilan pertama untuk negara dalam babak kedua, mengambil alih Ashley Cole dan memberi persembahan yang baik.

Walaubagaimanapun ramai yang berpendapat bahawa masih ada banyak ruang untuk diperbaiki sebelum perlawanan pertama England dengan Itali pada 14 Jun nanti.

Seramai 68,573 penyokong hadir di Wembley tetapi aksi paling menarik dalam 15 minit pertama adalah apabila Daniel Agger mengasak Jack Wilshere.

Kedua-dua pasukan gagal menguji penjaga gol lawan – Steven Gerrard merampas bola dari pemain pertahanan Casper Sloth tetapi ketua pasukan England itu diasak sebelum mampu melepaskan rembatan.

Tendangan percuma Wayne Rooney selepas itu melambung tinggi. Rooney melepasi benteng pertahanan Denmark selepas itu tetapi penjaga gol Kasper Schmeichel membuat halangan penting.

Kali pertama penjaga gol England Joe Hart diuji adalah apabila beliau menangkap hantaran jauh kepada Nicklas Bendtner.

Babak kedua menyaksikan Rooney digantikan oleh Danny Welbeck dan penyerang itu memaksa Schmeichel untuk membuat halangan dengan percubaan pertamanya.

Gol tunggal dalam perlawanan tiba apabila hantaran pendek Sterling dari sepakan penjuru disepak masuk oleh Lallana dan Sturridge melompat tinggi untuk menanduk lepas Schmeichel.

Sementara itu, Neymar menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-0 Brazil atas Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan di Johannesburg.

Oscar membuka tirai pada minit ke 10 sebelum Neymar menjaringkan gol pertamanya lewat dalam babak pertama.

Pemain bintang Barcelona itu mendapat gol kedua beberapa saat selepas masa rehat, Fernandinho menjaringkan gol keempat pasukan sebelum Neymar melengkapkan hatrik dalam masa kecederaan.

Penyerang yang berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan 30 gol dalam 47 penampilan untuk negara – dua kurang dari senarai 10 penjaring terbanyak Brazil.

Anak buah Felipe Scholari bermain dengan baik dari wisel permulaan dan pemain midfield Chelsea, Oscar, menjaringkan gol pembukaan hasil tendangan cip cantik lepas penjaga gol pasukan Bafana Bafana, Ronwen Williams, selepas mengawal bola dari hantaran tepat Hulk.

Neymar hampir-hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke 20 apabila dalam situasi satu lawan satu dengan Williams tetapi rembatannya tersasar.

Williams membuat satu lagi halangan baik dari rembatan Neymar selepas penyerang Brazil itu melepasi beberapa pemain pertahannnya dengan mudah.

Neymar akhirnya menjaringkan gol pertamanya limat minit sebelum masa rehat apabila merembat bola masuk melalui kaki Williams.
Brazil menukar jersi kepada warna biru dalam babak kedua dan Neymar mendapat gol keduanya selepas hanya 30 saat.

Penyerang itu melepasi perangkap ofsaid dengan senang sebelum menyepak bola lepas Williams.

Brazil kemudian menguasai kawalan bola tetapi terpaksa menunggu hingga minit ke 79 untuk gol keempat pasukan – Fernandinho merembat masuk gol pertamanya untuk negara.

Neymar mengakhiri pesta gol dalam masa tambahan dari hantaran Jo.

 Highlights – LIKE Facebook untuk update highlights perlawanan lain dan terkini