Dapat surat ‘terbalik’ kerana mengadu logo jersi terbalik

London: Apabila seorang penyokong Wolverhampton Wanderers (Wolves) melihat baju rasmi kelab bola sepak itu di jual dalam talian, dia segera membuat pesanan.

Namun apabila baju berkenaan tiba di rumahnya, Richard John Gough kecewa kerana mendapati logo kelab itu dilekat secara terbalik. Ia mendorong Gough menegur Wolves menggunakan Twitter.

Gough juga dipercayai menghantar surat rasmi kepada kelab berkenaan bagi menyampaikan tegurannya.

Hasilnya? Wolve membalas surat itu dengan kata-kata penghargaan – dan ditulis secara terbalik. Gough juga diberi tiket percuma sebagai ‘pampasan’ atas kesilapan kelab berkenaan. – Agensi