Budak bakar rumah jiran mahu jumpa ibu bapa

Sichuan: Seorang budak perempuan 12 tahun bertindak membakar rumah jirannya kerana mahu memaksa ibu bapanya datang menemuinya.

Dia yang dikatakan hanya bertemu ibunya 10 tahun lalu melakukan perkara itu dengan harapan ibu bapanya pulang untuk membincangkan pampasan yang perlu dibayar kepada jirannya itu.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya itu menetap di Guang’an, Sichuan, bersama neneknya.

Ibu bapanya sudah lama tidak datang menjenguk mereka walaupun pada Tahun Baru Cina.

Dia dikatakan sudah tidak tahan dengan keadaan itu.

Pada 6 Mac lalu dia membakar rumah jirannya.

Ketika disoal mengenai tindakannya, dia berkata: “Jika saya melakukan sesuatu yang luar biasa, ibu akan pulang.” – AP