BPL: United belasah West Brom

LONDON – Manchester United menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara setelah membenam West Brom 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Ledakan gol daripada Phil Jones, Wayne Rooney dan Danny Welbeck membolehkan United melakar kemenangan berturut-turut dalam aksi liga buat kali pertama sejak Disember lalu, selepas mencatat kejayaan menundukkan Crystal Palace 2-0, bulan lepas.

Kemenangan tersebut menjadikan jurang kedudukan antara juara bertahan tersebut kepada sembilan mata dengan Manchester City yang menghuni tangga keempat, walaupun mereka telah beraksi lebih dua perlawanan, sementara skuad bimbingan Pepe Mel, kekal di tangga ke-17 iaitu berada dalam zon penyingkiran. – AFP

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini