AFC Cup: Hanoi T&T tewaskan Selangor

Selangor masih gagal untuk menang dalam saingan Piala AFC selepas tewas 1-0 kepada pendahulu liga Hanoi T&T dalam group F di Stadium Hanoi.

The Red Giants hanya berjaya mengutip 2 mata setelah seri 2 perlawanan sebelumnya ketika bertemu Arema FC dari Indonesia dan Maziya SC dari Maldives.

Pemain tengah Nguyen Van Quyet menjaringkan gol penting untuk Hanoi T&T pada minit je 52. Kelab Vietnam itu mendahului kumpulan dengan 9 mata dengan semua memenangi semua perlawanan kupulan setakat ini.

Selangorakan menentang Hanoi T&T pada pusingan kedua di Stadium Shah Alam Stadium pada 1 April ini.

Perlawanan yang lain, Arema FC menewaskan Maziya SC 3-1 di National Stadium, Male.