6 hilang nyawa terlebih lalok di konsert

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga wanita maut kerana mengambil dadah melebihi dos, sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, semua mangsa yang berusia 19 hingga 27 tahun menghadiri Future Music Festival Asia 2014 di Stadium Bukit Jalil, di sini.

Mereka dipercayai membeli dadah jenis syabu dari luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium.

Menurutnya, enam mangsa yang mati adalah warga tempatan, sementara tiga warga tempatan dan seorang Singapura yang dalam keadaan kritikal masih dirawat.

Mangsa yang mati

“Hasil bedah siasat mendapati mereka terlebih pengambilan dadah dan suhu badan terlalu panas.

“Selain itu, sepanjang konsert yang berlangsung sejak Khamis lalu, seramai 19 orang ditahan kerana kesalahan mengambil dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Mohmad berkata, tangkapan dijalankan anggota Bahagian Narkotik IPD Cheras itu turut merampas tiga pil Ecstacy, 20 pil khayal berwarna putih dan ganja seberat 3.7 gram.

6 mangsa yang mati:-

1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
    BASHA (Meninggal di PPUM)
    No. KPT : 920424-14-5329 (L)
   
2. VICTOR WONG E HERN
    (Meninggal di PPUM)
    No. KPT : 880712-29-5029 (L)

3. SABREENA bte KAMARUDIN
    (Meninggal Dunia di PPUM)
    No. KPT : 931216-14-6582

4. SURESH A/L MOHAN
    (Meninggal Dunia di PPUKM)
    No. KPT : 860616-43-5599 (L)

5. SYAZANA SOHAIME
    (Meninggal Dunia di PPUKM)
    No. KPT : 910124-08-6786 (P)

6. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
    (Kritikal di PPUKM)
    No. KPT : 870620-56-5336)

3 mangsa masih kritikal ialah:-

1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
    PPUM Warga  Singapura)

2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
    Warga Singapura)

3. MOHD HAZWAN bin HUSIN
    (Kritikal di PPUKM)
    No. KPT : 951217-01-5427

“Siasatan juga mendapati mereka membeli bekalan dadah dengan harga sebiji antara RM60 hingga RM100.

“Bagi mengelak perkara lebih serius, kita mengambil keputusan membatalkan konsert terakhir pada malam ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Kontinjen Selangor untuk mengenal pasti sindiket yang membekalkan dadah kepada semua mangsa.