Wayne Rooney pecah rekod baru Liga Inggeris!

Penyerang Manchester United dan juga pasukan kebangsaan England, Wayne Rooney, telah berjaya memecahkan rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain berbakat tersebut telah menandatangani perjanjian baru selama lima-tahun-setengah bernilai GBP300,000 (RM1.6 juta) seminggu yang bakal mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2019.

Rooney dipercayai amat teruja untuk menamatkan spekulasi mengenai masa depannya di kelab, berikutan dua bidaan daripada pasukan Chelsea pada musim panas lepas.

“Saya amat gembira untuk menandatangani kontrak baru bersama Manchester United,” kata penyerang tersebut di laman web rasminya.

“Ini merupakan salah satu kelab paling besar di dunia dan saya amat gembira kerana berpeluang untuk menghabiskan sebahagian besar daripada kerjaya saya di sini.

“Saya gembira yang semua ini telah diselesaikan dan sekarang saya dapat menumpukan perhatian terhadap bermain bola sepak.” – Arena