Wanita Hadiahkan Kulit Lengan Pada Pakwe Penipu

SEORANG wanita dari Colchester, Essex, England mempunyai cara tersendiri (dan menyakitkan) untuk memberitahu perasaan bengang pada teman lelaki yang telah menipunya.

Torz Reynolds, 26, terkedu selepas diberitahu seorang rakan bahawa teman lelakinya, Stuart ‘Chopper’ May,24, yang mendakwa perlu meninggalkan United Kingdom kerana mendapat tawaran kerja di Alaska, Amerika Syarikat rupa-rupanya menipu.

Selepas disiasat Chopper sebenarnya masih ada di UK, cuma dia menggunakan alasan itu untuk memutuskan hubungan dengan Reynolds seterusnya berpindah ke rumah perempuan lain.

Sedangkan menurut Reynolds, Chopper siap menangis di lapangan terbang pada ‘hari perpisahan’ mereka kononnya bersedih.

Dek kerana terlalu sakit hati, Reynolds tidak mahu menunggu lama untuk pergi mendapatkan rawatan laser sebaliknya terus bertindak membuang sendiri tatoo di lengannya yang tertulis ‘Chopper’s Bitch’ menggunakan pisau bedah, tanpa ubat bius.

Dia memerlukan masa selama satu setengah jam untuk menoreh keseluruhan kulit yang bertatoo, sebelum menanggalkannya daripada daging dengan penyepit pembedahan.

Tatoo 

Hadiah untuk Chopper

Stuart Chopper
Reynolds

Kulit bertatoo itu kemudian dimasukkan Reynolds ke dalam botol lalu dibalut rapi seperti hadiah seterusnya dikirim kepada Chopper pada Hari Valentine lalu.

Ditanya relevan di sebalik tindakannya itu, Reynolds menyatakan itu adalah satu mesej jelas kepada Chopper supaya tak main-main dengan dia lagi di masa hadapan.

“Lagi pun itu cuma kulit dan ia akan tumbuh semula,” kata Reynolds yang menganggap kesakitan semasa menoreh sendiri kulitnya tidak sesakit mana jika dibandingkan dengan kesakitan sementara menunggu parut di lengan (dan hatinya) sembuh  – Mynewshub