Vidic semakin hampir ke Inter Milan

PRESIDEN Inter Milan, Erick Thohir berkata, kelabnya semakin menghampiri bagi mengikat kapten Manchester United, Nemanja Vidic.

Bekas pemain antarabangsa Serbia,32, bakal menjadi pemain bebas tamat musim ini, sekaligus kelab Itali tersebut berminat mendapatkan Vidic.

Thohir memberitahu laman web Inter:”Saya tidak mahu mengumumkan sesuatu yang hampir 90 peratus selesai.

“Saya fikir lebih baik umumkan apabila semuanya sudah selesai.”

Vidic yang bersama United sejak 2006 selepas berpindah dari Spartak Moscow dengan £7 juta (RM39 juta) mengesahkan akan beraksi di luar liga Inggeris apabila kontraknya tamat musim ini.

“Saya membuat keputusan akan berpindah apabila tamat musim ini. Saya mahu cabaran yang baharu dan akan cuba melakukan yang lebih pada masa-masa akan datang.”

Inter kini berada di tangga kelima Serie A, 11 mata di belakang Napoli yang kini memegang staus layak beraksi pada Liga Juara-Juara musim depan. – mStar