Valencia kejutkan Barcelona di Nou Camp
MADRID 1 Feb. – Valencia menghadiahkan kekalahan pertama kepada Barcelona dalam perlawanan La Liga di Nou Camp sejak April, 2012 apabila membenam penyandang juara itu 3-2, semalam.
Alexis Sanchez meletakkan tuan rumah seawal minit ketujuh, namun Dani Parejo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44.
Hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung, Pablo Piatti menjaringkan gol kedua pelawat, tetapi Lionel Messi kembali menjadikan kedudukan 2-2 dengan gol penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-54.
Paco Alcacer memastikan Valencia melakar kejutan terbesar musim ini dengan meledak gol kemenangan pasukan pelawat pada minit ke-59. – AGENSI
Highlights