United bakal tawar Rooney kontrak termahal di Liga Inggeris

Wayne Rooney dikhabarkan bersetuju dengan tawaran United memperbaharui kontraknya yang dilaporkan mencecah £70 juta atau RM387 Juta.

Kontrak tersebut untuk memastikan Rooney akan terus bermain sehingga penghujung kariernya bersama Man United.

Kontrak United dan penyerang England tersebut heboh diperkatakan minggu ini sejak prestasinya musim ini agak goyah dan banyak kelab berminat untuk membelinya.

Sehingga kini pihak kelab masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Rooney dilaporkan hanya menunggu masa untuk menandatangani surat perjanjian yang akan mengikat beliau bersama United sehingga tahun 2018 iaitu sehingga beliau berumur 33 tahun.

Kontrak baru tersebut bernilai £300,000 seminggu iaitu rekod tertinggi di Liga Perdana Inggeris dengan kenaikan £50,000 seminggu dari gaji beliau sekarang.

Berita ini memberi kelegaan kepada penyokong United ketika kedatangan Juan Mata yang menampakkan betapa Rooney bukan lagi watak penting buat skuad Red Devil itu.