UCL: United tewas di Athens, Dortmund cemerlang

Manchester United hampir tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas mengejut 2-0 kepada Olympiakos dalam saingan peringkat 16 pasukan pagi tadi.

Jaringan Alejandro Dominguez dan Joel Campbell yang dipinjam dari Arsenal, memberikan Olympiakos kemenangan di Stadium Karaiskakis.

Kemenangan itu membawa juara Greek itu semakin hampir ke peringkat suku akhir untuk kali pertama sejak 1999.

Ia juga kali pertama United tewas kepada pasukan Greek.

Sementara itu Borussia Dortmund menghampiri saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas Robert Lewandowski menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Zenit St Petersburg pagi tadi.

Dortmund mendahului 2-0 hanya selepas lima minit perlawanan di Stadium Petrovsky sebelum Henrikh Mkhitaryan dan Marco Reus menambah derita wakil Russia itu.

Pasukan tuan rumah merapatkan jurang gol selepas rehat apabila Oleg Shatov menemui gawang dan Hulk menyempurnakan sepakan penalti. – AFP

 Highlights – LIKE Facebook untuk update highlights perlawanan lain dan terkini