Terry tidak akan mewakili England

Pengurus England Roy Hodgson telah menyatakan bahawa John Terry tidak akan mewakili England dalam kempen Piala Dunia nanti.

Ramai yang minta untuk Terry kembali dari persaraan di persada antarabangsa untuk mewakili England sekali lagi dalam kempen Piala Dunia nanti selepas musim yang baik dengan Chelsea.

Walaubagaimanapun Hodgson menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat begitu.
Hodgson berkata: “John telah bersara dan saya tidak akan ubah situasinya.

“Kami telah bermain dengan baik tanpa beliau dalam perlawanan kelayakan dan beberapa perlawanan persahabatan jadi saya rasa kami mampu meneruskan prestasi kami tanpa beliau.”

Terry telah menikmati permainan yang baik di bawah penggendalian Jose Mourinho selepas bekas pengurusnya kembali ke Chelsea.

Pemain pertahanan yang berusia 33 tahun itu mempunyai daya komunikasi yang baik dengan Gary Cahill dan persefahaman mereka telah mendorong kejayaan pasukan Chelsea dalam liga.

Penjaring gol kedua terbanyak England Gary Lineker telah meluahkan sokongannya untuk Terry kembali di akaun Twitternya dan berkata: “Saya yakin Rod Hodgson pasti ingin mengembalikan John Terry.

Persefahaman yang mengagumkan dengan (Gary) Cahill. Pilihan terbaik setakat ini.”

Tetapi Hodgson menjelaskan: “Pada saya, persaraan itu adalah keputusan terakhirnya.”

“Anda perlu menghormati keputusan itu.”

“Apabila ada pemain yang bersara, kami akan menyesuaikan diri.

“Kami telah menyesuaikan diri dengan baik dalam perlawanan kelayakan pertama apabila John Terry cedera dan terpaksa digantikan, dan sejak masa itu kami telah memberi peluang kepada beberapa pemain yang baik dan kami akan meneruskan proses ini.”

Terry telah bersara dari persada antarabangsa pada bulan September 2012 dan menyatakan bahawa persatuan bola sepak menyukarkan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan England dalam insiden rasis yang melibatkannya.

Persatuan bola sepak telah menggantung Terry selama empat perlawanan akibat dalam kes perkauman dengan adik Rio Ferdinand, Anton.  – Foxsports