Proses Memujuk Dari Koma Dilakukan Ke Atas Schumacher

PASUKAN doktor di Perancis dikhabarkan memulakan ‘proses menyedarkan’ bekas juara dunia tujuh kali Formula 1, Michael Schumacher daripada koma.

Schumacher yang menyambut kelahirannya di Hospital Grenoble mengalami kemalangan ketika bermain ski pada Disember lalu yang menyebabkan dia jatuh dan terhantuk di batu.

Dia diberi ‘perubatan memujuk’ dari koma selepas lebih kurang empat minggu bertarung untuk hidup namun doktor kini telah mengurangkan pemberian sedatif.

Pengurusnya, Sabine Kehm berkata dalam satu kenyataan: “Pemberian sedatif kepada Michael telah dikurangkan bagi melakukan proses menyedarkannya dan ini akan mengambil mana yang panjang.”

Kehm turut menjelaskan pihak keluarga Schumacher membuat keputusan untuk menjelaskan perkara ini kepada media berikutan berita yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis mengenai perkara ini.

Akhbar terbabit melaporkan mengenai proses yang dijalankan ini.

“Keluarga Schumacher sekali lagi memohon agar tidak mengganggu pihak doktor dalam menjalankan tugas mereka.

“Dalam masa sama, pihak keluarga juga mengucapkan penghargaan kepada peminat di seluruh dunia yang melahirkan simpati.

“Bagi memastikan perlindungan keluarga Michaeal, maklumat hanya akan diberitahu hanya selepas mencapai persetujuan kedua-dua pihak (keluarga dan doktor).

“Setakat ini tidak ada apa-apa maklumat yang terkini dapat diberikan,” jelas Kehm.