Piala FA: Dendam Arsenal terbalas dipusingan kalah mati

ARSENAL tidak mensia-siakan peluang membalas dendam terhadap Liverpool dengan kemenangan 2-1 pada saingan Piala FA di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Pada saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, Arsenal dibelasah 5-1.

Namun, Arsenal jelas mengawal permainan kali ini selepas mendahului 2-0 sejurus selepas babak kedua bermula.

Oxlade-Chamberlane menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 sebelum mencipta peluang bagi Lukas Podolski menyumbang gol kedua.

Namun, asakan Podolski ke atas Luis Suarez menghadiahkan penalti diberi kepada pasukan lawan yang disempurnakan kapten Liverpool Steven Gerrard pada minit ke-60.

Liverpool mendakwa rempuhan Oxlade-Chamberlain ke atas Suaraz sepatutnya diberi sepakan penalti tetapi rayuan mereka ditolak pengadil Howard Webb.

Dengan kemenangan ini, Arsenal layak ke pusingan suku akhir dan bakal berdepan Everton di laman sendiri. – Reuters

Highlights – LIKE Facebook untuk update highlights perlawanan lain dan terkini