Pencipta ‘Flappy Bird’ tarik balik aplikasi

Hanoi: Pencipta permainan terkenal untuk telefon pintar Flappy Bird memutuskan untuk menarik kembali permainan berkenaan daripada stor aplikasi bermula esok (hari ini).

Permainan yang boleh dimuat turun secara percuma itu sangat popular dalam kalangan pengguna iOS dan Android, tetapi pereka permainan warga Vietnam, Dong Nguyen tidak dapat “menerima” kejayaannya itu.

Dalam status di Twitternya, Nguyen menulis: “Saya memohon maaf kepada semua pengguna aplikasi permainan Flappy Bird, 22 jam dari sekarang, saya akan menariknya semula.

 Saya tidak mampu menanganinya lagi.” Flappy Bird yang dilancarkan pada Mei 2013 untuk iOS menjadi sangat popular dan menduduki ranking pertama aplikasi permainan percuma Apple pada awal tahun 2014, waktu yang sama ia dilancarkan untuk Android.

Flappy Bird memberi keuntungan 50,000 dollar sehari kepada Dong.

Berikut twitter asal dari Dong Nguyen