Pelakon Ezany Nizariff Ugut Bunuh Guru Dilaman Sosial

Pelakon Ezany Nizariff ugut bunuh seorang guru dilaman sosial. Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya.

Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya.

“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu.

Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.

Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain selepas ugutan itu.

“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.

Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.

Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri.