PBNJ sahkan Jiminez kekal bimbing JDT

Johor Bahru: Spekulasi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jiminez akan disingkirkan dan digantikan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), semalam mengesahkan pengendali dari Sepanyol itu kekal bersama Harimau Selatan.

Jiminez akan terus mengemudi JDT bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dasar minat

“PBNJ menafikan khabar angin yang mengaitkan Hodak dengan pasukan itu. Kehadiran jurulatih itu hanyalah sekadar menonton sebagai seorang peminat bolasepak kerana sedang bercuti.

Spekulasi bertiup kencang minggu lalu setelah Hodak kelihatan di Stadium Hassan Yunus dengan memakai baju T skuad Harimau Selatan itu.