Kisah penyokong tegar Everton dari Malaysia di Goodison Park

Berita tertangguhnya perlawanan antara Everton dan Crystal Palace disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan merupakan satu berita paling malang buat seorang penyokong tegar Everton dari Malaysia.

Sejak sekian lama, Ric Wee berpeluang menonton dan merasai kehangatan suasana Goodison Park pada 12 Februari yang lalu.

Namun segalanya musnah kerana perlawanan itu dibatalkan disebabkan keadaan cuaca yang teruk.

Nasib memang menyebelahi beliau. Pihak Everton telah membaca tweeter keluhan beliau.

Gambar di Tweeter beliau menjadi bualan bintang Everton , Leighton Baines dan pengurus Roberto Martinez.

Akhirnya beliau dijemput untuk berjumpa dengan mereka di bilik persalinan.