Kes Remaja Perempuan TOREH Lengan Bukti Sayang Kekasih

Bodoh tidak bertempat.

Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.

Amboi, pandai-pandai je dakwa tangan itu milik diri sendiri kan?

Untuk pengetahuan adik tangan itu amanah Tuhan jadi jawablah sendiri bila ditanya di akhirat nanti apa dah dibuat pada amanah itu.

Bawalah banyak-banyak istighfar dan ingat sama ibu bapa yang telah membesar dan melahirkan anda selama ni.

Penat-penat bela sampai dah besar, senang-senang je nak korbankan diri untuk manusia yang baru dikenali setahun dua?

Terdahulu sebelum ini Semata-mata kerana putus cinta, adik ini tergamak mengelar lengannya sampai berdarah kemudian berkongsi perbuatannya itu di Facebook untuk membuktikan kepada bekas teman lelakinya dia berani bertindak sedemikian.

Kelar Lengan Kemudian ‘Tag’ Pakwe Di Facebook

Pemeriksaan penulis pada akaun Facebook adik ni bagaimanapun mendapati dia masih sihat dan aktif memuatnaik status-status baru jadi perbuatan ini bolehlah diklasifikasikan sebagai kes nakkan perhatian semata-mata. – Mynewshub