Insiden Larkin: FAM beri kemenangan kepada JDT

FAM baru saja selesai bersidang hari ni. Semestinya keputusan mengenai insiden Piala FA diantara JDT dan T-Team dinanti oleh peminat sukan tanahair.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKPT Khas telah mengambil keputusan kemenangan diberikan kepada JDT 3-0.

Keputusan yang memihak kepada JDT, mereka akan bertemu pasukan Kedah pada peringkat suku akhir Piala FA nanti.

Perlawanan akan diadakan secara timbal balik pada 11 Feb di Larkin dan 18 Feb ini di Darulaman.