Harimau Muda didakwa buat Liga Queensland bakal terpalit isu rasuah

Kuala Lumpur: Penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa kehadiran skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menyebabkan liga itu terdedah kepada kegiatan sindiket perjudian di Asia.

Dakwaan itu dibuat pakar analisis mengatur perlawanan antarabangsa yang juga penulis buku The Fix dan The Insider’s Guide to Match Fixing, Declan Hill kepada Fairfax Media yang disiarkan oleh www.brisbanetimes.com.au semalam.

Hill berkata, syarat penyertaan ke atas Harimau Muda A mencetuskan tanda tanya apabila skuad bawah 23 tahun itu akan diberikan mata dalam perlawanan liga namun tidak layak untuk ke final merebut kejuaraan.

“Jika anda mempunyai pasukan yang beraksi dalam liga anda, mereka sepatutnya diberi peluang untuk merebut kejuaraan, jika tidak anda akan tertanya-tanya apakah tujuan mereka bermain,” katanya.

Declan Hill

Tambah beliau: “Jika mereka memenanginya, ia bagus dan kemenangan seharusnya diberikan kepada mereka jadi semua orang akan berusaha bersaing musim depan. Saya tidak faham bagaimana pihak pengurusan liga membenarkan pasukan bermain dengan syarat seperti ini.”

Dahulu apabila Harimau Muda menentang Geylang United di Liga Singapura pada tahun 2012, Yazid Yasid penjaga gol mereka mendakwa cuba di sogok untuk memberi kemenangan kepada Harimau Muda.

Football Queensland chief operations officer Ben Mannion, the head of NPL Queensland berkata, tiada masalah jika Harimau Muda menyertai Liga Queensland ini, kita mempunya biro aduan jika ada pihak yang mendakwa ada unsur rasuah di setiap perlawanan. Setiap pasukan mempunyai 48 jam selepas perlawanan untuk membuat aduan.

Liga Queensland sebelum ini pernah terpalit dengan isu rasuah. Tahun lepas, kelab Brisbane Premier League, Albany Creek Excelsior telah di dakwa dan 10 orang telah ditangkap di Victoria.

Ditanya mengenai perkara tersebut, jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee ternyata berang dengan laporan yang dikeluarkan itu yang dianggap karut.

“Saya boleh menerima sebarang pendapat tetapi untuk mengatakan kita membawa bookie, itu adalah satu kenyataan biadap dan tidak masuk akal.

“Saya tidak perlu komen banyak mengenai perkara ini kerana saya percaya semua liga dalam dunia ini memiliki masalah yang sama (skandal mengatur perlawanan).

“Kita beraksi di NPL Queensland dengan kebenaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“NPL Queensland turut memberikan jaminan mereka memiliki skuad pemantau bagi mengawal gejala tidak bermoral ini.

“Jadi, saya menganggap cerita karut ini sebagai satu cabaran lebih getir buat anak-anak buah saya ketika bertandang ke Queensland nanti,” kata Kim Swee ketika dihubungi semalam.

Menurut Kim Swee, beliau tidak mahu menjejaskan nama baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila skuad kendaliannya beraksi dalam NPL Queensland mulai 8 Mac depan.

“Tujuan sebenar FAM menghantar skuad Harimau Muda A beraksi dalam NPL Queensland adalah mahu memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda.

“Sudah tentu saya kesal dengan beberapa laporan yang tidak masuk akal ini tetapi kami harus mengamalkan cara lebih profesional.

“Saya tidak mahu Harimau Muda A dituduh sebagai sarang bookie sebaik kedatangan kami ke Queensland,” tegasnya.