City tumbang di Etihad, Ibrahimovic wira PSG

BARCELONA menguasai Stadium Etihad pada perlawanan peringkat kumpulan 16 Liga Juara-Juara apabila membenam Manchester City 2-0, yang terpaksa bermain dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Barcelona memperoleh gol menerusi jaringan penalti Lionel Messi dan di minit akhir perlawanan oleh Dani Alves.

Messi membuka jaringan itu pada minit ke-54 selepas dia dijatuhkan dalam kotak oleh Martin Demichelis, yang turut menyaksikan pemain pertahanan City itu menerima kad merah an dibuang padang.

Alves pula melengkapkan hari cemerlang Barcelona apabila merembat jaringan kedua itu menerusi celah kangkang penjaga gol City, Joe Hart.

Pasukan pelawat boleh dilihat menguasa kira-kira 20 minit awal perlawanan dan banyk melakukan gerakan berbabahaya berbanding City yang kelihatan terlalu yakin dengan pertemuan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan yang menjaringkan 228 gol pada musim ini gagal untuk memberikan persembahan jaringan seperti yang diramalkan.

Kemenangan di tempat lawan itu memberikan kelebihan kepada Barcelona yang akan menjadi tuan rumah untuk pertemuan pusingan kedua pada 12 Mac depan.

“Ramai yang mengatakan kami tidak seperti dulu. Tapi, perlawanan membuktikan sebaliknya. Kami memperoleh keputusan yang agak selesa,” kata pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas.

Ungakapan Fabregas itu berasas apabila mereka berjaya membuatkan stadium itu sepi apabila menguasai 20 minit awal perlawanan sehinggakan pemain City sukar untuk mendapatkan bola.

City dapat juga memecah kebuntuan apabila David Silva melakukan hantaran silang kepada Alvaro Negredo tetapi lorongan pemain antarabangsa Sepanyol itu tidak memberikan hasil yang baik.

Sementara itu Ibrahimovic menjadi wira buat PSG dengan menyumbatkan 2 gol untuk membantu kemenangan besar PSG ke atas Bayer Leverkusen pagi tadi.

Walaupun bermain di tempat sendiri, namun ternyata pasukan tuan rumah tidak dapat menandingi kehebatan PSG yang menguasai bola sepanjang keseluruhan permainan.

Highlights – Like Facebook untuk highlights terkini