Casillas Terima Maaf Ancelotti

PENJAGA gol Real Madrid, Iker Casillas menerima permohonan maaf dari Carlo Ancelotti selepas anak pengurus itu membuat komen mengenainya.

Katia Ancelotti meluahkan pandangannya kepada majalah Vanity Fair bahawa terlalu banyak masa dan perhatian diberikan kepada Casillas sebaliknya kurang berbincang berkenaan Diego Lopez, saingan utamanya dalam posisi penjaga gol di Santiago Bernabeu.

Lopez merupakan penjaga gol utama dalam aksi liga, manakala Casillas beraksi dalam aksi Piala, yang menyaksikan kemenangan Madrid 2-0 ke atas Atletico Madrid dalam aksi akhir.

“Kenapa semua orang sibuk bercakap mengenai Casillas dan tiada siapa pedulikan Diego?”

“Saya tidak faham – dia (Diego) pemain hebat.”

Mundo Deportive melaporkan bahawa Ancelotti telah memohon maaf kepada Casillas mengenai komen anaknya itu.

Casillas memberitahu dia tidak kenal Katia tetapi menerima permohonan maaf jurulatihnya itu kerana ia adalah tindakan betul yang perlu dilakukan. – mStar