BPL: Manchester City tumbang di Etihad

Chelsea muncul sebagai pencabar untuk kejuaraan Liga Perdana Barclays dengan kemenangan 1-0 di Manchester City.

Pengurus Jose Mourinho menyatakan bahawa beliau sedang membina pasukan untuk mengharungi cabaran musim depan tetapi jaringan gol tunggal Branislav Ivanovic bermakna pasukannya kini berkongsi mata dengan City di tempat kedua dan ketiga sementara Arsenal di puncak liga dengan kelebihan dua mata.

Ramai yang menjangka yang Chelsea akan mula perlawanan dengan pendekatan defensif seperti dalam perlawanan di Manchester United.

Kali terakhir City gagal menjaringkan gol di padang sendiri adalah 61 perlawanan lalu, pada bulan November 2010 apabila bertemu Birmingham.

David Luiz bermain di posisi defensif midfield bersama Nemanja Matic dengan empat pemain penyerang di hadapan mereka.

Eden Hazard mengetuai tonggak serangan bersama dengan Willian, Ramires dan Eto’o.

City pula bermain tanpa penjaring gol terbanyak kelab Sergio Aguero akibat kecederaan tetapi masih mampu mencipta lebih banyak peluang dalam babak pertama berbanding dengan Chelsea.

Pemain midfield City Yaya Toure mendapat peluang pertama tetapi rembatannya melambung tinggi sementara percubaan keduanya tersasar.

Chelsea yang berjaya membolos gawang pasukan lawan dahulu apabila Hazard memberi bola kepada Eto’o tetapi pengadil tidak membenarkan gol akibat ofsaid.

Willian kemudian melancarkan gerakan serangan balas yang menarik di mana empat pemain Chelsea menghadapi dua pemain pertahanan City tetapi rembatan Ramires diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Joe Hart.

Walaubagaimanapun gol pembukaan tiba pada minit ke 32 apabila rembatan Ramires melantun dari Vincent Kompany ke arah Ivanovic dan pemain pertahanan Serbia itu melepaskan rembatan deras.

Hazard menguji Hart beberapa minit kemudian dengan rembatan yang ditepis keluar sebelum memberi Eto’o hantaran tepat yang gagal disempurnakan penyerang Cameroon itu.

City cuba membangkitkan prestasi dalam babak kedua tetapi gagal melepasi benteng pertahanan Chelsea dengan persembahan yang mengagumkan oleh Gary Cahill dan John Terry.

Highlights